Kulit cantik ? No problem !

Miliki kulit jernih berseri!


Kulit yang cerah berseri semestinya idaman setiap wanita,
namun tidak semua dirahmati dengan kulit sempurna semula jadi semenjak dilahirkan. Ada ramai antara kita yang terpaksa berhadapan dan bergelut dengan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, berkedut, berbintikbintik, kusam, tidak sekata dan sebagainya. Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit kamu bermasalah, salah satunya ialah mekap pada wajah yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh membuatkan kulit nampak kusam dan tidak berseri. Walaupun secara umumnya jaringan kulit akan mengalami proses pembaik pulih secara semula jadi.Namun, jika kamu kurang menitik beratkan penjagaannya, ia secara tidak langsung akan membuatkan kemampuan kulit untuk ‘membaiki’ diri mulai menurun. Sehinggalah terbentuk tompokan sel-sel kulit mati. Namun kini usah risau lagi, kerana semua ini sebenarnya masih boleh diatasi! Pokok pangkalnya terpulang kepada kamu sama ada untuk merawatnya atau tidak. Jika mahu, jangan bertangguh lagi dan ayuh mulakannya dari sekarang.

Lagipun kini terdapat banyak produk pemutih yang di jual di pasaran dan tugasmu ialah kenal pasti yang mana satukah paling sesuai dengan kulit wajahmu.
Produk pemutih tidak berkesan?

S: “Mengapa produk pemutih yang saya cuba tidak menunjukkan sebarang kesan?”
J: Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh teknik perawatan yang kamu lakukan itu salah.

Umumnya, setiap produk yang dihasilkan mempunyai fungsi yang sama, iaitu menanggalkan dan menghilangkan sel-sel kulit mati, dan merangsang sel-sel kulit baru agar lebih cerah, berseri tanpa sebarang noda.Kamu juga bebas membeli jenama produk yang diingini, namun sebelum memulakan perawatan, pastikan kamu membaca dan memahami aturan yang telah ditetapkan. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, mulakan rawatan dengan pembersihan, skrub, penyegar, krim malam, krim siang dan sun block. Semak sebelum beli.Penting untuk kamu jadikannya sebagai keutamaan ialah pastikan setiap produk yang ingin kamu beli dan cuba itu benar-benar bersesuaian dengan kulit wajahmu. Jika kurang pasti dengannya, kamu boleh mendapatkan pandangan daripada pakar yang bertauliah. Ini kerana tidak semua produk yang ada sesuai dengan kulitmu dan jangan pula nanti wajah cantik yang kamu harapkan menjadi sebaliknya. Jadi, tidak salah jika kamu menyemak beberapa tip yang diberikan ini sebelum membuat keputusan untuk membeli.

1. Elakkan membeli produk pencerah yang mengandungi kandungan mercury.

2. Hydroquinone merupakan bahan penting yang digunakan di dalam produk pencerah wajah!
Namun jika penggunaannya melebihi 10% (kandungan sekitar 2% selamat digunakan), kamu harus berhatihati atau hindarinya terus.

3. Produk pencerah wajah semula jadi biasanya mengandungi kandungan licorice, dan ekstrak bengkuang.

4. Jika kamu mempunyai kulit yang berminyak, sebaiknya elakkan daripada mencuba produk pencerah wajah. Ini kerana produk yang mengandungi pemutih ini biasanya akan menyebabkan kulit berminyak mudah ditumbuhi jerawat.

5. Tempoh masa penggunaan produk yang mengandungi pemutih adalah sekitar 4 – 6 minggu. Selepas itu, hentikan penggunaannya dan gantikan dengan produk yang tidak mengandungi pemutih.

sources -
http://www.karangkraf.com/e-majalah/remaja

Upps, Gossip ?

Hollywood Favorite Couples <3


1) Zac Efron & Vanessa Hudgens



Sejak dari mula mereka bergandingan menerusi siri High School Musical, pasangan Zac Efron dan Vanessa Hudgens dilihat memiliki chemistry yang tersendiri tidak kiralah sama ada di dalam set atau sebaliknya. Dalam satu temu ramah bersama Teen Magazine pada Oktober 2007, Vanessa Hudgens mengakui memang akrab dengan Zac Efron. Malah Vanessa tidak kisah jika pihak media mula ‘memperkatakan’ tentang kisah cintanya itu. Dikatakan sehingga ke hari ini pasangan Zac Efron dan Vanessa Hudgens masih lagi kelihatan akrab bersama.


2)Milo Ventimiglia dan Hayden Panettiere




Pada awalnya pasangan yang membintangi siri Hero ini, Milo Ventimiglia dan Hayden Panettiere menafikan tentang hubungan cinta mereka. Namun, rakan karib kepada keluarga Hayden Penettiere pernah memberi kenyataan kepada pihak media bahawa ibu Hayden sangat meminati Milo Ventimiglia dan beranggapan bahawa buah hati anak kesayangannya itu adalah jejaka yang comel dan bangga bila bercerita tentang hubungan cinta anaknya itu. Nampaknya, keluarga telah merestui hubungan pasangan bercinta ini. Pada Disember tahun lalu, Milo Ventimiglia kelihatan meluangkan masa bersama keluarga Hayden. Malah Milo Ventimiglia mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan nenek Hayden. Kini mereka tidak ragu-ragu untuk menunjukkan kemesraan mereka kepada rakan-rakan mahupun pihak media. Ventimiglia berusia 30 tahun manakala Hayden pula baru berusia 18 tahun. Namun ia sedikit pun tidak memberi halangan buat mereka. Mereka berdua kelihatan benar-benar serasi.



Valentine Day :)

To Roxy: Happy Valentine's Day Pictures, Images and Photos

Valentine datang lagi!

Valentine's Day is a holiday celebrated on February 14
by many people throughout the world.
In the West, it is the traditional day on which lovers express
their love for each other by sending
Valentine's cards, presenting flowers, or offering confectionery.
The day was originally a pagan festival that was renamed
after two Early Christian martyrs named Valentine.
The day became associated with romantic love
in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages,
when the tradition of courtly love flourished.

hey girls, lame juge ta update en ?
hmm valentine day ataupun hari kasih syg ,
mmg laa byk dsmbut oleh couple2,
but xkn nak smbut dgn couple je kan ?
name pun hari kasih syg,
slain dri boyfriend/girlfriend,
kita ley gak smbut dgn parents,
kawan2, guru, or sape yg brmkne :)

single girl?
hello ? korg pun boley smbut jgak ape ?
celbrate dgn kawan2 anda lah.

bagi yg bercinta plak,
Siapa kata kalau dah bercinta,

you all tidak perlu lagi memiliki atau mencari kawankawan?
Kawan memang perlu.
Kerana dengan kewujudan kawan-kawanlah,
hidup you all akan menjadi lebih ceria.

Berikut ada beberapa tips mudah yang boleh you all jadikan panduan
agar kehidupan you all lebih ceria dan meriah dengan
kehadiran lebih ramai kawankawan.
Jadi… tak salah juga jika valentine kali ini,
you all celebrate bersama-sama
best friends you all!


1) Hadiah

Jika you all terpandang sesuatu barang unik di pusat membeli-belah atau kedai-kedai buku, jangan ragu-ragu untuk membelikannya istimewa untuk best friends.
Tidak perlu menunggu tarikh hari jadi atau hari-hari istimewa yang lain.
Malah hadiah itu juga tidak perlu berharga mewah, yang penting sekali pastikan ia menarik!
Ingat-ingatkanlah hobi dan minat best friends you all itu.
Adakah dia suka membaca?
Atau mungkin juga dia gilakan aksesori?
Dapatkan sesuatu hadiah mengikut minat best friends!
Niat you all yang ikhlas itu akan membuatkan hati si best friends berbunga gembira dan sekaligus merasakan dirinya dihargai!
Jadi, ambil peluang di hari valentine ini untuk menghadiahkan sesuatu for your buddies!

2) Beraktiviti

Rancanglah satu aktiviti santai khusus untuk you all dengan best friends!
Dalam kesempatan ini, you all boleh menghabiskan waktu santai ini untuk berbual dan berseronok bersama rakan-rakan.
Mungkin sebelum ini you all terlalu sibuk dengan tugasan harian atau melayani karenah BF you all. Jadi inilah kesempatan yang paling sesuai untuk you all meluangkan masa bersama best friends ‘sekepala’.
Berseronoklah sambil mengambil peluang untuk belajar mengenai bermacam-macam perkara with your buddies.
Setibanya masa untuk berpisah, sudah tentu you all akan semakin lebih menghargai waktu santai itu bersama-sama.