1) Zac Efron & Vanessa Hudgens

Sejak dari mula mereka bergandingan menerusi siri High School Musical, pasangan Zac Efron dan Vanessa Hudgens dilihat memiliki chemistry yang tersendiri tidak kiralah sama ada di dalam set atau sebaliknya. Dalam satu temu ramah bersama Teen Magazine pada Oktober 2007, Vanessa Hudgens mengakui memang akrab dengan Zac Efron. Malah Vanessa tidak kisah jika pihak media mula ‘memperkatakan’ tentang kisah cintanya itu. Dikatakan sehingga ke hari ini pasangan Zac Efron dan Vanessa Hudgens masih lagi kelihatan akrab bersama.
2)Milo Ventimiglia dan Hayden Panettiere

Pada awalnya pasangan yang membintangi siri Hero ini, Milo Ventimiglia dan Hayden Panettiere menafikan tentang hubungan cinta mereka. Namun, rakan karib kepada keluarga Hayden Penettiere pernah memberi kenyataan kepada pihak media bahawa ibu Hayden sangat meminati Milo Ventimiglia dan beranggapan bahawa buah hati anak kesayangannya itu adalah jejaka yang comel dan bangga bila bercerita tentang hubungan cinta anaknya itu. Nampaknya, keluarga telah merestui hubungan pasangan bercinta ini. Pada Disember tahun lalu, Milo Ventimiglia kelihatan meluangkan masa bersama keluarga Hayden. Malah Milo Ventimiglia mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan nenek Hayden. Kini mereka tidak ragu-ragu untuk menunjukkan kemesraan mereka kepada rakan-rakan mahupun pihak media. Ventimiglia berusia 30 tahun manakala Hayden pula baru berusia 18 tahun. Namun ia sedikit pun tidak memberi halangan buat mereka. Mereka berdua kelihatan benar-benar serasi.